Lirik Lagu Derita - Fathi Naim feat. Faidhi

Lirik Lagu Derita - Fathi Naim feat. Faidhi

Di balik derita Virus Corona
Ada hati mahu bicara
Selalu kita yang buka kata
Cuba diam hari ini, cuba kita dengar

Aku juga ingin terbang
Terbang lihat sayap kapal atas awan
Putih salju semua nampak luas lapang
ketik gambar buat jadi kenang-kenangan

Tiap detik ku kirakan simpanan
Belum cukup mungkinkah ada harapan
Semalam
Masih ku simpan angan-angan
Hari ini semua macam aku
Duduk diam-diam dalam kediaman

Di balik derita Virus Corona
Ada hati mahu bicara
Selalu kita yang buka kata
Cuba diam hari ini, cuba kita dengarkan

Saat apabila mula turun hujan
Kalut kami ini peniaga jalanan
Payunf tutup bekas kami simpan
Tunggu esok kalau masih ada peluang
Semalam
Resah kami resah seorang
Masih cukupkah ringgit mahupun wan
Hati ini semua boleh tumpang
Rasa bila poket kanan kiri depan belakang
Sudah mula berkurangan

Di balik derita Virus Corona
Ada hati mahu bicara
Selalu kita yang buka kata
Cuba diam hari ini, cuba kita dengar

Hello Papa
Biasa ku dengar cuma suara
Kata mama, papa belum habis kerja
Pulang nanti papa akan bersama
Oh ya
Kerana Virus Corona
Papa pulang,masih lagi belum pergi
Hari-hari aku happy papa ajar aku mengaji
Dari siang sampai lewat malam hari
Dapat rasa cium papa punya pipi

Hari-hari berlalu
Bak alam fantasi
Tapi no no,ku tahu ini realiti
Seperti kondensasi
Wap udara jatuh balik ke bumi
Itulah kita

Setiap penghuni mana nak lari
Dongak tinggi-tinggi macam diri takkan mati
Kini kita sedang diajari
Harta, bumi
Bukan kita punya sendiri.. Yeah..

Ini cerita Virus Corona
Kau buat mereka dengar
Hati kami mahu bicara
Apa rasa sesak di dada
Bukan dengki bukan minta simpati
Cuma bersaksi roda hidup ini

Yang atas bisa turun ke bawah
Yang mewah mula belajar mengalah
Indahnya semua ini
Bila semua jiwa tundu refleksi

Di balik derita Virus Corona
Ada hati mahu bicara
Selalu kita yang buka kata
Cuba diam hari ini, cuba kita dengar

Covid-19
Semoga hilang
Segala resah
Duka dan derita
Virus Corona

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel