Lirik Lagu Titian Hasrat


Kita bagai merpati
Yang sering beriringan
Menuju ke syurgawi pelangi
Kita mengumpul hasrat
Tiada henti-hentinya
Mencari persinggahan
Bina istana

Namun ku tak berdaya membina cinta
Syurgawi yang dicari dilanda gelita
Gugurlah harapanku bersama hujan
Bagai ada sesuatu cinta terhalang
Dimanakah kau sayang di mana
Jika hilang ku nanti kembali
Andai duka dimana khabarmu
Jika bahgia,apalah ertinya
Ku menunggu...dan menunggu

Namun ku tak berdaya membina cinta
Syurgawi yang dicari dilanda gelita
Gugurlah harapanku bersama hujan
Bagai ada sesuatu cinta terhalang
Dimanakah kau sayang di mana
Jika hilang ku nanti kembali
Andai duka dimana khabarmu
Jika bahgia,apalah ertinya
Ku menunggu...dan menunggu

Titian hasrat cinta,antara kita
Lebur dipersinggahan