Lirik Lagu Haruman Terindah - Lokman Naufal

Terlena sudah ketika dibuai cinta
Hilang tenggelam dimamah waktu yang mencengkam
Kasihku padamu takkan sedikit pun terpadam
Dilimpahi hujan dilanda mentari aku tetap ada

Redupnya jiwa memandang warkah mu oh cinta
Terasa bagai ku mampu hidup selamanya
Rinduku padamu akan ku sirami benihnya
Agar tetap tumbuh membunga mewangi
Haruman terindah

Walau mungkin ditimpa tengkujuh cuba merosakkan tanahnya
Walau kemarau menimpa cuba mengeringkan daunnya
Namun percayalah kasih yang selain tuhan
Tak ada yang mampu merampasnya

Walau mungkin di suatu hari kan mulai berubah warnanya
Cinta yang terus setia kan mencari cara mendebunga
Hingga ke akhirnya waktu kau genggam tangan ku
Menuju kita ke syurga