Lirik Lagu Tinta Pena - B-Heart feat. Yaph

Berikut merupakan Lirik Lagu Tinta Pena - B-Heart feat. Yaph.


Lirik Lagu Tinta Pena - B-Heart feat. Yaph


Tinggal susun
Persona pena
Pada lampiran rumi
Jadi bicara
Khilaf menunding jari
Punca didusta
Baris terakhir ini
Baris yang mana

Tinggalkan lah
Tinggalkan lah

Terlintas tuk mula fikir
Jika ku follow belakang orang yang fakir
Dan bukan kekayaannya yang disembah
Mungkin mudah jadi tin kosong
Dari hadap susah tapi tak cakap
Enggan perubahan
Kata “ya”
Menerima benda sama
Olahan, gubahan
Hidupku tak merdu
Namun bila lagu ku dimainkan, mereka tahu
Jadi ku syukur

Terima seadanya
Walau ramai yang mengukurku macam pembaris
Ramai ikut baris
Perkotak-katikkan aku
Walaupun aku berfikiran luar kotak, kaku
Jadi ku bisu
Dari sering omong kosong
Biar ubi diam berisi
Tanda dia tak kosong
Kelongsong
Padat puisi, bukan karangan
Sedar ni acara tembak jawapan peperiksaan

(Real life) Ramai yang manis kata-kata
Sebalik ku buka topeng
Doakan ku luka
Tawar hati
Tikam belakang mahu ku mati
Berdepan dengan Tuhan
Sesungguhnya ku tak lari
Jadi, buat apa aku takut
Percaya yang aman ada dalam ketakutan
Atau selepas hujan
Di luar ada pelangi
Masa lepas tu pengajar yang kini wajar ku pelajari

Bulatan biar kecil
Biar nampak terpencil
Trust me, man
Geng buaya tak setanding kancil
Kita suka guna otak
And talk about how we feel
Dari guna tangan bila perlu
That’s how we kill
So apa kuasa yang si belang tua tu arah
Mawas merampas takhta perintah si sang gajah
Hutan belantara
Mahkota diganti tengkolok
Empayar dibina gah, isi dalam olok
Kepalsuan meragukan minda yang suci
Kebersihan ditis hitam, percaya ku cuci
Mengaku asli
Tapi tatapan macam replika
Yang benar mula dari bawah sila tanya Luca Sickta
Ku seek tamparan jika benar bermimpi
Bangun dan singkap sebalik tingkap realiti
Tulisan jadi sejarah, jadi bukti
Buku tak berdebu jika lisan ku diingati

Menyerah, tak bermakna ku tak menang
Jika kalah jadi pengajaran tuk jadi orang
Ini semua tentang keadaan fikiran
Bertanding, yang hidup saat last terasa ancaman
Ku angkat peace namun ditafsir berlagak
Bahaya tuk komuniti dianggap penyangak
Bualan mereka bawak nasib malang, gagak
Yang lagak macam teman tapi dengki tak teragak

Jadi ku pandu sendiri
Laluan bertemu ajal
Riwayat berakhir jalan kiri
Ku lihat cermin sisi
Tak kenal malah tak pernah
Coba hidupkan yang dah mati
Jika timbul benci
Tenggelam dek atas dendam
Bak kapal karam
Penuh caci
Tuk hidup dalam mimpi
Kena terima ilusi
Itu kejam daripada reality

Ilusi tu kejam daripada reality

Ilusi tu kejam daripada reality


Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel